UTUSAN PRESIDEN MPM[ SURAT LAYANG BERBAUR FITNAH]
Merujuk kepada perkara diatas, saya dengan ini menegaskan bahawasanya pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2008/2009 tidak pernah mengeluarkan sebarang notis berkenaan pembubaran kabinet kepimpinan kami pada sesi ini. Buat makluman seluruh mahasiswa, pada 11 Januari 2010, notis-notis pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2008/2009 dengan kertas berwarna jingga dan mempunyai tanda tangan serta cop rasmi MPMKUIS yang ditiru telah dinaikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, format juga tulisan notis yang dikeluarkan adalah berlainan sama sekali dengan format juga tulisan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2008/2009. Sehubungan dengan itu, Kami telah membuat satu laporan polis diatas kejadian yang berlaku.
Saya berharap seluruh mahasiswa tidak keliru dan percaya dengan sebarang kenyataan yang terdapat pada notis tersebut. Notis pembubaran akan keluar dalam masa terdekat ini tetapi bukanlah menjadi kuasa saya mahupun MPMKUIS untuk mengeluarkan sebarang notis pembubaran. Walaubagaimanapun, sekira notis pembubaran telah keluar, kami tetap ,memegang amanah sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa dan bertanggungjawab serta komited terhadap kebajikan mahasiswa sehingga Majlis Bai’ah kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2009/2010. Saya begitu kesal dengan apa yang berlaku dan berharap mahasiswa dapat membuat penilaian dengan bijaksana.
Kami tetap akan menjalankan program dan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Walaupun setelah majlis pembubaran kabinet kami yang akan diadakan tidak lama lagi dengan menggunakan nama MPM KUIS sesi 2008/2009 selagi pimpinan MPM baru tidak berbai’ah. Sekiranya mahasiswa ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut, sila lihat papan kenyataan Rasmi Majlis Perwakilan Mahasiswa yang terletak di kafe tengah berdekatan Masjid atau boleh merujuk kepada pihak kami sendiri.
NASRUL IZAD MOHD ISA PRESIDEN, MPM KUIS 08/09
|