|
Written by Administrator
|
|
Monday, 11 August 2008 20:14 |
|
Mengikut perlembagaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, seksyen 51 (10), tujuan dan fungsi MPM ialah : a) Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. b) Tertakluk kepada arahan Rektor, untuk merancang dan menyelia kemudahan-kemudahan kebajikan pelajar di Kolej Universiti Islam termasuk kemudahan-kemudahan rekreasi, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan bekalan makanan dan minuman.
c) Untuk membuat representasi kepada Rektor tentang segala perkara berhubung atau berkenaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam.
d) Untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan pelajar di Kolej Universiti Islam.
e) Untuk menjalankan apa-apa aktiviti-aktiviti lain yang ditentukan lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
|
|
Last Updated on Friday, 05 December 2008 18:27 |