Azab Di Neraka Bagi Wanita
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, Renungan khusus untuk para wanita..
Sayyidina Ali Karramahuwajhah menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menangis manakala ia datang bersama Saidatina Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Baginda menangis.
Baginda menjawab,
-> “Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
-> “Aku lihat ada
perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat
perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat
perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat
perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat
perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat
perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat
perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat
perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi.
Saidatina Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan
mengapa mereka disiksa seperti itu?
Rasulullah menjawab,
“Wahai puteriku, adapun mereka yang
tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang
digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang
tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang
memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang
memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang
diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
*Perempuan yang
menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar sedemikian, Sayyidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
